Usahawan Terbaik Pi1M 2017 merupakan penghargaan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kepada usahawan di sekitar Pi1M yang berjaya mengembangkan perniagaan dengan memanfaatkan teknologi ICT.
Syarat-syarat kelayakan adalah:
- Terbuka kepada usahawan warganegara Malaysia
- Individu berumur 18 tahun ke atas
- Berdaftar sebagai ahli Pi1M
- Mempunyai dan menghasilkan produk perniagaan sendiri
- Telah menjalankan perniagaan secara aktif lebih daripada 6 bulan
Hanya usahawan yang berdaftar sahaja layak menyertai pertandingan ini. Anda boleh berdaftar sebagai ahli Pi1M sekiranya belum.
