| Tarikh | : 20 Februari 2025 |
| Masa | : 9:00 pgi – 01:00 tghari |
| Lokasi | : NADI Taman Klebang Utama |
| Peserta | : 17 Orang |
Tujuan
Tujuan Bengkel Canva untuk Pertubuhan PeladangNita Perak adalah untuk meningkatkan kemahiran reka bentuk grafik dalam kalangan ahli bagi memperkukuh pemasaran produk dan perniagaan mereka. Bengkel ini membantu usahawan wanita menghasilkan bahan promosi yang kreatif, menjimatkan kos, serta memanfaatkan pemasaran digital bagi meningkatkan daya saing. Selain itu, ia juga menyokong inovasi dalam pertanian dan perniagaan melalui penggunaan teknologi reka bentuk yang mudah dan efektif.
Aktiviti
Ahli PeladangNita Perak hadir ke NADI Taman Klebang Utama dan mempelajari asas kepada Canva, demonstrasi serta latihan praktikal dalam mencipta bahan promosi seperti poster dan kandungan media sosial. Peserta juga akan mempelajari teknik pemasaran digital, menjalani latihan berkumpulan untuk menghasilkan reka bentuk kreatif, serta berkongsi pengalaman dalam sesi soal jawab. Bengkel ini diakhiri dengan penilaian hasil kerja peserta dan penyampaian sijil penyertaan.