| Tarikh | : 26 Julai 2025 |
| Masa | : 10.00 pgi – 11.00 pgi |
| Lokasi | : NADI Taman Klebang Utama |
| Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
NADI x KIDVENTURE COHORT 3 – Sesi Webinar 4: Operasi Perniagaan bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada aspek pengurusan operasi dalam perniagaan secara asas dan praktikal. Webinar ini membantu peserta memahami proses penting seperti pengurusan stok, aliran kerja, perkhidmatan pelanggan, dan kawalan kualiti. Selain itu, sesi ini juga bertujuan membina kesedaran tentang kepentingan kecekapan operasi dalam memastikan kelangsungan dan pertumbuhan perniagaan, serta memupuk nilai disiplin, tanggungjawab dan penyelesaian masalah dalam kalangan usahawan muda.
Aktiviti
Peserta hadir ke NADI Taman Klebang Utama untuk mengikuti Sesi Webinar Kidventure.