| Tarikh | : 20 Mei 2025 |
| Masa | : 10.00 – 11.30 pagi |
| Lokasi | : NADI Taman Klebang Utama |
| Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Tujuan Permohonan Geran Usahawan Perak 2025 (GeRAK) adalah untuk memberikan sokongan kewangan kepada usahawan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) di Negeri Perak bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan daya saing perniagaan mereka. Melalui peruntukan sebanyak RM1.5 juta, geran ini menyasarkan manfaat kepada kira-kira 750 usahawan dalam pelbagai sektor seperti pembuatan dan perkhidmatan . Bantuan yang diberikan dalam bentuk peralatan, mesin, serta sokongan untuk latihan, pemasaran, dan penjenamaan . Inisiatif ini juga bertujuan memperkukuh ekosistem keusahawanan di Perak selaras dengan matlamat Pelan Perak Sejahtera 2030
Aktiviti
Peserta hadir ke NADI Taman Klebang Utama untuk membuat Permohonan Geran Usahawan Perak 2025 (GeRAK).