| Tarikh | : 12 September 2025 |
| Masa | : 09:30 pgi – 11:00 pgi |
| Lokasi | : NADI Taman Klebang Utama |
| Peserta | : 6 Orang |
Tujuan
Kelas MAHIR Masak: Minggu 8 – Pembuatan Tapak Pizza bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik asas penyediaan tapak pizza yang sempurna, termasuk pemilihan bahan, penguliannya, serta kaedah pemanggangan. Program ini juga bertujuan mengasah kreativiti peserta dalam menyediakan asas pizza yang boleh diolah mengikut citarasa sendiri, meningkatkan kemahiran praktikal dalam bidang kulinari, serta memberi peluang untuk menjadikan kemahiran ini sebagai nilai tambah dalam peluang perniagaan atau masakan harian.
Aktiviti
Peserta hadir ke NADI Taman Klebang Utama untuk mengikuti kelas Mahir Masak yang diadakan secara atas talian.