mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan September 2025 – Program Khas Merdeka & Hari Malaysia @ NADI Kuiz Kahoot Kemerdekaan

Tarikh: 7 September 2025
Masa: 09:00 pgi – 04:00 ptg
Lokasi: NADI Taman Klebang Utama
Peserta: 27 Orang 

Tujuan 

Program Khas Merdeka & Hari Malaysia @ NADI Kuiz Kahoot Kemerdekaan bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dan meningkatkan pengetahuan peserta mengenai sejarah, tokoh, serta peristiwa penting berkaitan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia melalui kaedah kuiz interaktif. Program ini juga memberi peluang kepada peserta untuk belajar secara menyeronokkan, menguji daya ingatan, serta memupuk semangat persaingan sihat. Selain itu, ia bertujuan menggalakkan penglibatan aktif komuniti dalam sambutan kemerdekaan melalui pendekatan digital yang lebih dekat dengan generasi muda.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan ialah Kuiz Interaktif Kahoot bertemakan kemerdekaan dengan pengumuman pemenang serta penyampaian hadiah ringkas.

Gambar Disini