mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan September 2025 – Program Khas Merdeka & Hari Malaysia @ NADI Mahir Masak: Kuih Tradisional Hiasan Bertemakan Kemerdekaan

Tarikh: 7 September 2025
Masa: 2.00 ptg – 5.00 ptg
Lokasi: NADI Taman Klebang Utama
Peserta: 27 Orang 

Tujuan 

Program Khas Merdeka & Hari Malaysia @ NADI Mahir Masak: Kuih Tradisional Hiasan Bertemakan Kemerdekaan bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme melalui seni kulinari dengan memperkenalkan pembuatan kuih tradisional yang dihias bertemakan kemerdekaan dan perpaduan. Program ini membantu peserta mengenali serta menghargai warisan makanan tradisional, di samping mengasah kreativiti dalam seni hiasan kuih. Selain itu, ia juga bertujuan mengeratkan silaturahim dalam komuniti, menanam rasa cinta terhadap budaya tempatan, serta memberi peluang kepada peserta untuk mengekspresikan semangat kebangsaan melalui hasil masakan yang unik dan bermakna.

Aktiviti

Peserta membawa kuih tradisional yang telah siap dimasak, kemudian dihias mengikut tema bendera Malaysia atau semangat kemerdekaan.

Gambar Disini