| Tarikh | : 7 September 2025 |
| Masa | : 09:00 pgi – 04:00 ptg |
| Lokasi | : NADI Taman Klebang Utama |
| Peserta | : 27 Orang |
Tujuan
Program Khas Merdeka & Hari Malaysia @ NADI Pertandingan Mewarna Merdeka (Pelajar Sekolah Rendah) bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan murid melalui aktiviti kreatif dan menyeronokkan. Pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar mengekspresikan kreativiti mereka dengan menghasilkan karya berwarna bertemakan kemerdekaan dan perpaduan. Selain itu, program ini juga bertujuan menggalakkan penglibatan aktif generasi muda dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, serta memperkukuh rasa bangga terhadap identiti dan warisan negara sejak di bangku sekolah rendah.
Aktiviti
Peserta mewarna lembaran bertemakan kemerdekaan yang disediakan dalam tempoh masa 1 jam.